“Dia Ingat Buat Bom” – Ayat Isa Isarb Ketika Bancuh Air Dalam Pesawat Raih Pelbagai Reaksi [Video]

20 Mar 2025 • 11:09 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pasti ada di antara kita yang pernah berbuka puasa di dalam kereta, bas, keretapi atau kapal terbang bukan?

Ketika waktu sebegini, kebiasannya kita hanya akan berbuka puasa secara ala kadar sahaja dengan hanya meminum air.

Suasana ketika berbuka puasa sedemikian sudah pasti tidak sama seperti di rumah di mana boleh memasak dan membacuh air sesuka hati kita.

Tular Isa Isarb bancuh air dalam ‘tower dispenser’ semasa penerbangan

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan YouTuber, Isa Isarb menyediakan minuman berbuka puasa di dalam sebuah kapal terbang seperti di rumah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Isa membancuh air di dalam ‘tower dispenser’ sambil dibantu oleh dua orang rakannya.

Dia dilihat menuangkan air kordial berwarna jingga sebelum menambahkan air di dalam ‘water dispenser’ itu secara senyap-senyap.

Pramugari datang tanya, khuatir jika ada bahan mudah meletup

Namun, tindakannya itu diketahui oleh seorang pramugari di dalam pesawat berkenaan sebelum wanita terbabit menghampirinya.

Pramugari itu kemudiannya bertanya sama ada bahan yang dituangkannya di dalam ‘water dispenser’ itu mudah meletup dan sebagainya.

Wanita berkenaan kemudiannya berlaku pergi setelah Isa menerangkan bahawa mereka hanyalah menyediakan minuman untuk berbuka puasa.

Netizen tertarik bahas perkataan bom diucap Isa dalam pesawat

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video tersebut.

Namun, kebanyakan mereka tertarik untuk membahas mengenai perkataan bom yang diucapkan oleh Isa di dalam kapal terbang tersebut.

Dakwa mereka, perkataan ‘bom’ adalah sesuatu yang sensitif dan dilarang disebut di dalam pesawat mahupun kawasan lapangan terbang.

3 perkataan dilarang sebut dalam pesawat walaupun hanya untuk bergurau

Sebelum ini, penyanyi dan bekas pramugara, Zarul Husin atau Zarul Umbrella pernah berkongsi tiga perkataan yang diharamkan buat penumpang serta petugas penerbangan ketika menaiki pesawat.

“Ada tiga perkataan yang apabila anda sebut, boleh mengancam keselamatan dalam pesawat dan kemungkinan besar akan membuatkan anda dikeluarkan dalam penerbangan itu sangat tinggi.

“Dengan serta merta anda boleh dikeluarkan daripada pesawat berkenaan kerana menyebut tiga perkataan ini. Yang pertama, adalah bom,” katanya.

Menurutnya, manakala dua perkataan lain yang diharamkan disebut adalah pisau atau parang dan pistol.

Berikut komen yang diberikan netizen di TikTok:

image is not available

image is not available

image is not available