“Dia kata dekat orang tak apa” -Netizen geram dengar Kieda Crepe kritik lelaki mandi kolam

LocalEntertainment
24 Sep 2024 • 5:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tindakan Kieda Crepe kritik lelaki mandi kolam sewaktu sedang bercuti telah menerima kecaman daripada netizen apabila merasakan apa yang dilakukan seakan tidak kena.

Mandi kolam dengan family

Menerusi ciapan yang dibuat satu akaun X dikenali sebagai twtbiy, dia telah memuat naik semula video yang dikongsi Kieda di platform TikTok berkenaan luahannya yang melihat bentuk alat sulit lelaki memandangkan pengunjung yang mandi di kolam tempatnya bercuti memakain seluar yang agak tidak sopan.

image is not available

Kieda Crepe kritik lelaki mandi kolam, segan tertengok bentuk ‘burung’

Dalam video tersebut dia dan suami menyatakan rasa kurang selesa apabila perlu melihat ‘burung’ individu tersebut ‘bergoyang-goyang’ sewaktu mandi di dalam kolam yang terbuka.

Ujarnya, di dalam kolam mandi berkenaan terdapat mereka yang berkeluarga dan juga kanak-kanak sehingga masing-masing berasa malu apabila lelaki-lelaki terbabit seakan tidak kisah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

@kiedacrepepenang

Sekali tengok tak sengaja , dua tiga kali tengok macam nak menyumpah @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse

♬ original sound - KIEDACREPEPENANG - KIEDACREPEPENANG

Kieda Crepe kritik lelaki mandi kolam, netizen ingatkan balik kontroversi2 sebelum ini

Perkongsian berkenaan nyata mendapat kecaman daripada netizen kerana merasakan usahawan tersebut bercakap tanpa memikirkan kontroversi-kontroversi yang pernah dilalui sebelum ini.

Mereka juga meminta agar Kieda tidak membuat isu memandangkan dia beberapa kali membuat video luahan sedih kerana menerima kecaman daripada netizen.

image is not available

Benda boleh simpan laki bini, nak juga cerita dekat semua

image is not available

Baik tegur depan2

image is not available

Suami dia pun pakai seluar pendek juga

image is not available

Menerusi video yang dikongsi, usahawan itu dan keluarga dipercayai sedang menikmati percutian di kawasan pantai dan lokasi tempat mereka menginap menyediakan kolam mandi.

Dia dan suami turut mengenakan pakaian mandi sambil membuat video dengan meluahkan rasa kurang senang apabila melihat bentuk alat sulit lelaki yang jelas kelihatan walaupun masing-masing mengakui tidak berniat untuk melihatnya.

Sumber: TikTok kiedacrepepenang, X twtbiy