“Dia Kata Orang Tak Apa, Kalau Orang Mengata Dia…” - Netizen Luah Rasa Menyampah Selepas Kieda Crepe Kritik Cara Pakaian Dua Lelaki Mandi Kolam

24 Sep 2024 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di aplikasi X apabila seorang individu meluahkan pendapatnya mengenai sikap pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe yang dikatakan cuba untuk mengkritik orang lain.

 

Menerusi ciapan di X, individu itu mendakwa Kieda cuba mengkritik orang lain namun apabila orang luar mengecam tindakannya, wanita itu mula meninggalkan kata-kata simpati.

 

“Kieda ni dia kata kat orang tak apa, kalau orang kata kat dia, terus cakap dia tak kacau hidup orang,” luahnya.

 

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang selepas menonton video tersebut dan menyatakan bahawa itu adalah etika berpakaian yang sepatutnya dipatuhi ketika mandi di kolam renang.

 

Antara komen yang ditinggalkan:  

 

image is not availableSehingga kini, hantaran itu meraih lebih 135,700 ribu tontonan dan 795 tanda suka.

Terdahulu, Kieda berkongsi video merakamkan dirinya bersama suami menemani anak-anak mereka bermandi-manda di kolam renang sebuah hotel.

Dalam video itu, Kieda berkongsi pendapatnya di mana dia dan suaminya ternampak dua lelaki memakai seluar renang yang menampakkan bentuk alat sulit mereka ketika mandi di kolam renang.

 

Situasi itu sekaligus membuatkan mereka berasa malu melihatnya.