“Dia Kata Tak Puas Hidup Single” – Wanita Sedih Suami Luah Rasa Menyesal Lepas Setahun Kahwin, Akui Tak Boleh Tinggal Dunia ‘Playboy’

16 Feb 2024 • 11:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, satu ciapan luahan seorang isteri di platform X mengenai suaminya telah meraih perhatian dan ramai yang tumpang rasa marah apabila membaca luahan tersebut.

Sebelum kahwin suami ‘playboy’

Dalam luahan tersebut, wanita itu memberitahu suaminya dahulu merupakan seorang playboy tetapi pilih untuk berubah selepas membuat keputusan mengahwininya.

Tetapi terbaru, si suami meluahkan pada wanita terbabit dengan berkata dia belum sedia untuk meninggalkan ‘dunia lamanya’.

Suami menyesal kahwin

Lebih perit apabila si suami meluahkan perasaan bahawa dia menyesal berkahwin dengan wanita itu dan sebenarnya masih belum bersedih untuk bergelar seorang suami pada seseorang.

Dia dah berubah, sakit tau, sakit sangat dengar macam ni, dia kata dia perlukan masa untuk ‘break’ untuk ketahui apa yang dia mahukan, saya rasa bodoh dan terkaku.

Namun begitu, si isteri akui dirinya tidak boleh hidup tanpa suami dan lebih-lebih lagi, dia sentiasa berharap pada suami sejak mereka berkahwin. Tetapi tetap ikutkan juga permintaan suami yang perlukan masa sendiri.

Sedar diri ‘bodoh’, ikut kata suami

Saya nak failkan cerai tapi saya kena ada duit dulu.

Mendapat kata sepakat, si suami akan tanggung wanita tersebut sehingga berada dalam keadaan ‘kukuh’ kerana dia baru saja berhenti kerja.

image is not available 1 day ago

7 Tahun Bersabar, Suami Akhirnya Fail Cerai Sebab Isteri Pengotor Tak Berubah - "Pad Kotor Waktu Haid Pun Bibik & Saya Kena Buangkan"