‘Dia Kawan Daddy’ – Diterjah Isteri, Suami Kantoi Teman Skandal Pergi Klinik

25 Sep 2025 • 11:46 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

“Dia kawan daddy.”

Itulah alasan yang terpacul dari mulut seorang lelaki selepas didakwa kantoi dengan isterinya ketika sedang menemani seorang wanita di sebuah klinik. Rakaman berdurasi 1 minit 26 saat itu kini tersebar luas di media sosial.

Suami kantoi teman perempuan lain

Dalam rakaman tersebut, kelihatan lelaki berkenaan bersama seorang wanita sedang menunggu ubat di kaunter. Si isteri dari jauh hanya berdiri sambil merakam, seakan menahan marah sebelum berdepan dengan mereka.

image is not available

Namun, sebaik sahaja lelaki itu dan wanita terbabit selesai mengambil ubat lalu berpaling, mereka tergamam melihat si isteri berdiri tegak dengan telefon di tangan.

Panik mula tercetus apabila wanita itu cuba melarikan diri, manakala lelaki tersebut kelihatan gelabah menekan telefonnya, didakwa mahu memadam sesuatu.

image is not available

Si isteri kemudiannya mengejar perempuan berkenaan sambil bertanya,


“Kau ni siapa?”

Perempuan itu sempat menjawab,


“Kau tanya suami kau”

image is not available

Tidak menunggu lama, si isteri melepaskan tamparan ke wajah suaminya. Keadaan bertambah tegang apabila pertengkaran mereka berlarutan hingga ke luar klinik.

Lebih mengecewakan, si suami kantoi mendakwa dirinya tidak bersalah serta menegaskan mereka hanya berkawan, selain turut mendakwa wanita itu merupakan adik rakannya.

image is not available

Bagaimanapun, tindakan tersebut hanya membuatkan si isteri bertambah kesal kerana suaminya seolah-olah lebih memilih untuk mempertahankan wanita lain berbanding dirinya.

Setakat ini, tiada perkembangan lanjut mengenai pasangan tersebut, namun video berkenaan terus hangat diperkatakan di media sosial dengan pelbagai reaksi netizen.

Sumber: TikTok @izyanny