“Dia kecewa betul” – Anak Sari Yanti Sangka Dapat Gelaran ‘Hajah’ Lepas Buat Simulasi Haji

Entertainment
7 Jun 2024 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak dahulu lagi, kebanyakan ibu bapa pasti akan menghantar anak-anak mereka untuk belajar mengenai asas ilmu agama di sekolah.

Sama seperti yang dipraktikkan oleh pelakon Sari Yanti yang membawa anak perempuannya bernama Dariya untuk melakukan simulasi ibadah haji bersama rakan-rakannya di sebuah masjid.

Dariya kecewa sebab…

Menerusi hantaran di Instagram, Dariya telah dihantar untuk menghadiri program simulasi haji cilik iaitu program pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai rukun Islam kelima itu. Dalam program tersebut, kanak-kanak akan belajar serta mempraktikkan cara untuk menunaikan haji.

image is not available
Sumber: instagram

image is not available
Sumber: instagram

Sari Yanti berkongsi kisah gelagat anaknya yang menyangka akan mendapat gelaran ‘Hajah’ selepas selesai simulasi haji tersebut.

Alhamdulillah dah jadi Hajah Dariya. Bila balik tadi dia tanya betul ke dia dah buat Haji? Mama kata tu praktis.. dia kecewa betul.

Maksud mama semua tu fake? Ya, Dariya tu praktis je. Saya ingat semua orang akan panggil saya Hajah! So sekarang bukan mak cik dah la.. dia Hajah.

Bagaimanapun, Sari Yanti mendoakan cita-cita Dariya tercapai untuk menunaikan haji suatu hari nanti.

Semoga Allah kabulkan cita-citamu anakku. Semoga satu hari nanti kita dan yang membaca dan mendoakan ni dapat haji mabrur dan reda Allah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat Dariya serta mendoakan kanak-kanak itu.

image is not available image is not available

Moga cita-cita Dariya tercapai.. Amin!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.