“Dia Kejar Saya, Tendang..” – Mangsa Buka Suara, Jeon Jongseo Didakwa Sebagai Pembuli Di Sekolah

Entertainment
4 Apr 2024 • 10:12 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas Song Ha-yoon, Jeon Jong-seo pula telah dituduh sebagai pembuli.

Terbaru pada 4 April, dilaporkan bahawa pelakon ‘J’ merupakan seorang pembuli di sekolah. Menurut hantaran yang dikongsi, ‘J’ yang didakwa adalah Jeon Jong-seo telah mencuri pakaian seragam pelajar lain dan akan membuli mereka yang menentang.

Dia akan mengambil dan mencuri pakaian gim dan pakaian seragam pelajar. Jika awak tidak memberikan kepadanya, dia akan mencarut pada awak, dan awak akan menjadi sasaran buli. Saya juga menentang, dan oleh itu saya dipanggil b*tch gila di sekolah.

Sambung mangsa itu,

Dia akan mengejar saya ke tandas, menendang pintu, dan tidak akan pergi sehingga kami semua takut dan senyap.

image is not available

Setelah pelbagai dakwaan dibuat ke atas pelakon “Wedding Impossible” itu, agensi Jeon Jong-seo memberi respon,

Ini tidak berasas. Kami sedang menyusun kenyataan penuh dan kami akan memberitahu anda sebaik sahaja ia diselesaikan.

Aduhh lepas sorang, sorang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved