“Dia Kena Hormat Apa Yang Saya Rasa, Dia Tahu Apa Dia Sudah Buat” – Linda Hashim Tekad Dengan Keputusan Untuk Bercerai

LocalEntertainment
6 Feb 2025 • 3:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Linda Hashim tidak menafikan kenyataan suaminya, Beego ada memujuk agar memaafkannya dan kembali bersama.

Walau bagaimanapun, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim nekad dengan keputusan untuk bercerai memandangkan sudah banyak peluang yang telah diberikan kepada Beego namun telah disia-siakan.

image is not available

Memetik laporan Mstar, Linda berharap Beego dapat menghormati keputusan yang telah dibuat kerana penceraian adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua.

Apabila sudah rujuk dan ada peluang untuk perbaiki (masalah) tapi saya tak nampak usaha tu. Memang sukar tapi inilah keputusan saya.

image is not available

Beego tahu perasaan saya macam mana, dia kena hormat apa yang saya rasa. Sekiranya tidak bercerai, takut jadi tak ikhlas. Dia tahu apa yang dia dah buat.

Pelakon itu mengulas perkara tersebut sebagai respon kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh suaminya mengatakan dia masih sayang akan isterinya dan sudah berusaha untuk memujuk agar mereka kembali bersama.

image is not available 23 hours ago

“Kami Dah 4 Bulan Tak Duduk Bersama, Tapi Saya Tak Pernah Halang Dia Untuk Jumpa Anak” - Linda Hashim