“Dia Tahu Apa Dia Dah Buat!” – Linda Hashim Tak Nampak Usaha Beego Untuk Berubah

LocalEntertainment
6 Feb 2025 • 3:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
linda hashim

Pelakon Linda Hashim mendedahkan sudah banyak kali memberi peluang kepada Beego untuk perbaiki hubungan mereka namun tidak berhasil.

Malah jelasnya, Beego mensia-siakan peluang yang diberikan dan tidak nampak sebarang usaha untuk berubah.

“Saya tak nampak usaha itu” – Linda Hashim tegas mahu berpisah

Menerusi temubual bersama mStar, Linda menjelaskan pergolakan yang berlaku kali ini membuatkan dirinya nekad untuk berpisah meskipun Beego ada usaha untuk memujuk.

Apabila sudah rujuk dan ada peluang untuk perbaiki tapi saya tidak nampak usaha itu. Memang sukar tapi inilah keputusan saya.

Linda berkata lagi, sebagai seorang suami Beego tahu perasaannya dan berharap ianya dihormati. Linda tidak mahu timbul perasaan tidak ikhlas sekiranya tidak bercerai.

“Dia tahu apa dia buat”

image is not available

Dia tahu apa yang dia sudah buat!

Terdahulu, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mengaku terkejut dengan tindakan isterinya, Linda Hashim, yang memfailkan penceraian terhadapnya.

Beego berkata, dia langsung tidak menerima sebarang notis dari mahkamah berkaitan penceraian tersebut.

#ApaKataOhmedia

Nampaknya Linda Hashim benar-benar nekad dengan keputusannya kali ini. Diharapkan mereka dapat berbincang dengan baik untuk mencapai kata sepakat demi kebaikan semua.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.