
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sekitar bulan lalu, tular berita mengenai seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul serta diperlakukan dengan kejam oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu.
Luluh hati rata-rata rakyat Malaysia melihat beberapa rakaman semasa kejadian yang tular di media sosial menunjukkan mangsa, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh diheret, disepak, dipukul, dan dicurahkan mi goreng di atas kepalanya.
Kejadian dikatakan berlaku selepas Ahmad Nor Al Faizan terlanggar sebuah gerai di pasar berkenaan semasa sedang menaiki motosikalnya.
Lelaki OKU dipukul tampil buka mulut, motosikal ditungangi ditendang seseorang
Terbaharu, lelaki OKU itu yang telah menerima rawatan dan kini sudah pulih tampil membuka mulut menceritakan apa sebenarnya yang berlaku sewaktu kejadian.
Menurutnya, seorang individu telah menendang motosikalnya sehingga terbabas dan terlanggar gerai mi goreng hingga menjadi punca dia dibelasah dengan teruk.
“Tanya orang yang tendang motosikal saya itu, dialah punca motosikal saya terbabas dan terlanggar gerai mi goreng itu,” katanya dipetik Harian Metro.
Bawa motosikal lalu kawasan pasar kerana ingin hantar nasi minyak kepada rakan
Jelas Ahmad Nor Al Faizan, sebelum kejadian dia melalui kawasan itu untuk menghantar nasi minyak yang dikirim seorang rakannya.
“Saya menunggang motosikal meninjau jualan peniaga di situ dan ketika pusingan kali ketiga, tiba-tiba ada orang tendang motosikal saya dari belakang.
“Ketika terjatuh, saya dipukul ditendang, diheret dengan teruk dan sampai hari ini saya tertanya-tanya mengapa mereka memukul saya sebegitu rupa,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, paling sedih dia terbayang saat mukanya dihumban atas mi goreng di atas jalan selain dipukul tanpa belas kasihan.
“Sepatutnya ketika saya jatuh mereka angkat motosikal saya, sebaliknya mereka memukul saya. Saya rayu jangan pukul kerana saya tidak sengaja dan mereka sepatutnya cari siapa yang tendang motosikal saya.”
Ahmad Nor Al Faizan
Merayu kesakitan dan memohon maaf namun tidak diendahkan
Katanya, ketika dipukul dia beberapa kali merayu kesakitan dan memohon maaf serta memberitahu ingin menggantikan kerugian peniaga mi goreng itu.
“Namun rayuan saya itu tidak diendahkan dan saya terus terus dipukul dengan teruk.
“Ketika dihumban ke atas mi goreng yang tumpah di atas jalan itu, saya menahan nafas dan saya cuba menahan muka saya dengan tangan kerana pedih terkena mi goreng sebelum seorang individu curah mi goreng atas saya,” katanya.
Ceritanya lagi, dia juga ada meminta air untuk membasuh muka kerana matanya sangat pedih namun kepalanya mula yang disepak.
“Perbuatan mereka sangat kejam, sepatutnya perkara itu boleh dibincang secara baik dan saya bersedia membayar kerugian yang dialami mereka. Peristiwa itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada saya termasuk isteri dan anak-anak,” ujarnya Ahmad Nor Al Faizan.
Berkongsi lanjut, dia menyatakan masih merasai kesakitan pada bahagian rusuknya selepas keluar dari hospital.
Terdahulu, pihak polis telah menahan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kes pukul lelaki OKU berkenaan.
Kejadian berkenaan mendapat perhatian ramai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Malah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) juga dilaporkan bersedia untuk menyaman sekumpulan individu sebanyak RM1 juta kerana disyaki mengasari dan mencederakan lelaki OKU tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Perbuatan Mereka Sangat Melampau & Tidak Berperikemanusiaan – Isteri Lelaki OKU Dipukul
Baca Artikel Berkaitan:
Source:

![“Ada Paru-paru Insang Ke?”- Wanita Selamba Buat Lip Sync Dalam Kolam Renang Buat Ramai Kagum [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)