“Dia Lebih Dihargai Di Luar Negara” – Fauziah Nawi Bangga Lihat Kejayaan Shila Amzah Di China

EntertainmentMusic
3 Aug 2026 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi meluahkan rasa syukur dan bangga melihat pencapaian Shila Amzah yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat antarabangsa.

Fauziah Nawi

Advertisement

Menurut Fauziah Nawi, kejayaan penyanyi berusia 35 tahun itu di China membuktikan bakat anak seni Malaysia turut menerima pengiktirafan di luar negara. Dia turut berharap perjalanan seni Shila akan terus berkembang dan dikurniakan lebih banyak peluang pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, rezeki dia di luar negara. Dia lebih dihargai di luar negara,” katanya.

Perkara itu menjadi perhatian selepas sebuah video persembahan Shila di China dikongsikan di media sosial baru-baru ini. Menerusi rakaman tersebut, Penyanyi lagu Patah Seribu itu dilihat menyampaikan sebuah lagu dalam bahasa Cina ketika mengadakan konsert di Shenzhen.

Shila Amzah

Suasana persembahan turut kelihatan meriah apabila para peminat menyanyi bersama Shila Amzah sepanjang lagu tersebut dipersembahkan. Sambutan yang diberikan menunjukkan penyanyi berkenaan mempunyai kelompok peminat yang cukup kuat di negara itu.

Individu yang memuat naik video berkenaan turut memuji pencapaian Shila kerana berjaya membina nama di China sehingga lagu-lagu yang disampaikannya turut dihafal oleh peminat tempatan.

Kejayaan itu sekali lagi membuktikan kemampuan Shila Amzah menembusi pasaran antarabangsa, selain membawa nama Malaysia menerusi bakat nyanyiannya. Malah, pencapaiannya turut membanggakan peminat di tanah air yang sentiasa mengikuti perkembangan perjalanan seninya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Dia Lebih Dihargai Di Luar Negara” – Fauziah Nawi Bangga Lihat Kejayaan Shila Amzah Di China2026-07-21 10:10:46

“Tolong La Guyss Jangan Gaduh Dah” - Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Peminat Kpop BTS & EXO

 

The post “Dia Lebih Dihargai Di Luar Negara” – Fauziah Nawi Bangga Lihat Kejayaan Shila Amzah Di China first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved