“Dia Mabuk Ke” – Dikecam Dek Promosi Jenama Diboikot, Netizen Persoal Respon ‘Acuh Tak Acuh’ Jeon Somi

Music
4 Jan 2024 • 11:57 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Setiap orang pastinya tidak akan lari melakukan kesilapan.

Begitu juga dengan Jeon So-mi yang baru-baru ini telah teruk dikecam netizen kerana videonya yang jelas memaparkan tumbler dari Starbucks, menimbulkan syak wasangka bahawa dia sedang melakukan promosi berbayar untuk jenama itu.

Untuk pengetahuan, Starbucks adalah salah satu jenama yang sedang diboikot secara global, kerana sokongan mereka buat serangan Israel terhadap Gaza kini.

Namun baru-baru ini, penyanyi lagu “Fast Forward” itu telah memadam video berkenaan dari laman TikToknya, berikutan kecaman serta pelbagai komen benci yang diterimanya.

Ketika sedang berborak bersama peminat menerusi laman Bubble, Jeon So-mi sepertinya ada memberi respon mengenai kritikan yang dibuat ke atasnya dan turut meluahkan perasaannya,

Semoga semua orang sentiasa menyebarkan kasih sayang dan dorongan. Saya dah memadamkan video TikTok itu.

Ketika ditanya mengenai matlamatnya untuk tahun baru, dia berkata,

Tiada kebodohan. Berikan kasih sayang kepada semua orang. Saya sangat menyayangi awak jadi tolong sayang saya kembali. Tak kira apa yang awak cakap, saya sayang awak. Saya rapuh.

@officialcoups Now i don’t think this is an “apology” because she didn’t mentioned what she even did. She deleted her Starbucks video bc of the backlash and only acknowledged the hate she was getting. #officialcoups #somi #kpopsoloist #theblacklabel #kpop #starbucks ♬ original sound – Jongho_muffin

Meskipun telah memadam video tersebut, ada segelintir netizen menganggap bahawa Jeon So-mi seharusnya dengan jelas meminta maaf atas apa yang dia lakukan dan bukannya memberi respon seperti dia adalah ‘mangsa’ dalam situasi ini. Antara komen yang ditulis,

Dia kedengaran seperti sedang mabuk..

 

Kenapa dia nak nangis pula?

 

Jeon So-mi, awak hanya perlu minta maaf.

 

Kenapa dia fikir dia pula mangsa?

Hmm apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.