Pengacara WHI Dikecam Tak Reti Siang Ikan, Netizen Tampil ‘Back Up’

25 Dec 2023 • 1:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
siang ikan

Baru-baru ini kecoh diperkatakan mengenai wanita zaman kini yang tak reti melakukan kerja ‘basic’ di dapur.

Isu ini panas gara-gara pengacara Wanita Hari Ini yang dilihat kekok siang ikan ketika bersiaran langsung di televisyen.

Ada segelintir netizen memerli dan membandingkan kepakaran tersebut dengan anaknya yang baru berusia 7 tahun.

Tak kurang juga yang berkata wanita zaman moden hanya tahu order makanan dan jarang turun ke dapur.

Bila isu jadi perdebatan, ramai netizen tampil ‘back up’ termasuk mak-mak yang mempunyai anak perempuan dan menantu perempuan.

Katanya, biarlah tak pandai siang ikan asalkan ada keinginan untuk belajar. Lagi pula, isu ini hanya kecil dan boleh dibawa berbincang.

image is not available

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Puan Faizah Husain dan memuji sikap positif yang dimilikinya.

image is not available

Iyalah, isu pun kecil je sebenarnya tetapi ramai yang mengambil kesempatan ini mengutuk para wanita dengan perkataan tidak baik.

Tambahan pula sekarang ni, kalau beli ikan di kedai pelanggan boleh ‘request’ untuk siang dan potong siap-siap kan?

image is not available

image is not available

Pempengaruh, Cikgu Mohd Fadli Salleh pula berpendapat suami yang gagal menjadi imam dan tak betul bacaan Al-Fatihah lebih besar mudarat berbanding isteri yang tak reti siang ikan.

Jadi, para lelaki dinasihatkan untuk membetulkan bacaan dan menghafal surah lazim untuk menjadi imam isteri dan anak-anak kelak.

Realiti memang pahit, tapi itulah kebenarannya kan?

Kredit: Facebook | X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.