“Dia Macam Anak..” – Kieda Tampil Bersuara Lepas Staf Dituduh Sebagai Suspek Rompak

7 Jun 2024 • 11:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selepas berita penangkapan empat individu yang dipercayai menjadi suspek rompakan di rumah Kieda Crepe, banyak spekulasi yang muncul di media sosial. Ada yang sampai menuduh staf di Kieda Crepe. Betul ke ni?

Menerusi hantaran Facebook Kieda, dia tampil menafikan semua spekulasi yang dibuat netizen terhadap salah satu staf lamanya.

Usahawan itu juga berkata staf yang bernama Maton itu bukanlah jenis yang akan mencuri harta benda orang walaupun mulutnya seperti Kieda.

Habis kuat dia minta ja kat Kieda, dia tu macam anak Kieda, suka merap.

Hampa, bukan Maton.

image is not available

Tambahnya, mereka berdua mempunyai hubungan yang sangat rapat dan Maton adalah salah satu kenalan yang sentiasa ada masa susah senangnya.

Selepas menafikan tuduhan itu, Kieda memberikan petunjuk bahawa suspek merupakan orang luar.

Satgi hampa tau suspek dia, yang pasti hampa pasti akan terkejut.

Kesian, Maton dituduh macam tu. Buat netizen, janganlah kita cepat membuat spekulasi. Apapun marilah kita sama-sama doakan Kieda dan keluarga berada dalam keadaan yang selamat.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.