Empat Sekawan Ditahan Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah Kieda Crepe

6 Jun 2024 • 5:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kieda crepe

Sebelum ini, seorang usahawan wanita, Kieda Crepe memaklumkan rumahnya di Pokok Sena telah dipecah masuk. Jumlah kerugian agak banyak juga iaitu RM800,000 selepas pencuri berjaya membuka peti besi yang mengandungi barang kemas.

Terkini, empat sekawan telah berjaya dikesan dan ditahan polis yang dipercayai ada kaitan dengan kes ini.

Suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita masing-masing berusia 20 hingga 27 tahun. Muda lagi korang ni, haih…

Mereka ditahan dan dibawa ke Mahkamah Butterworth untuk direman bagi membantu siasatan kes pempengaruh media sosial.

Mahkamah membenarkan polis menahan reman kesemua suspek selama enam hari bermula hari ini hingga Selasa.

Dengan tangkapan empat suspek ini kita percaya berjaya selesaikan kes pecah masuk dan larikan barang kemas usahawan (Kieda) itu.

Dalam tangkapan itu juga, polis turut merampas barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit yang disimpan suspek.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.