“Dia Macam Tak ‘Makeup’ Sangat Tapi Cantik” – Solekan ‘Anniversary Day’ Janna Nick Jadi Tumpuan, Peminat Teka Harga RM10K

Entertainment
10 Jun 2024 • 3:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Janna Nick dan suami, aktor Dini Schatzmann tampil mencuri tumpuan peminat setelah pasangan itu meraikan ulang tahun perkahwinan yang pertama dengan majlis gilang- gemilang.

Janna dan Dini sambut ulang tahun perkahwinan pertama

Namun, apa yang paling menarik perhatian adalah apabila wajah cantik Janna ditata rias oleh jurusolek terkemuka dari negara Thailand iaitu Barbara Beer.

Dalam perkongsian TikTok itu, wajah Janna disolek dengan solekan ringkas namun berseri dan tidak terlalu tebal.

Janna disolek cantik dan mewah

Kata netizen, solekan tersebut menonjolkan lagi kecantikan pelakon itu dan membuatkan dia kelihatan anggun dan mahal.

Dia macam tak make up sangat, tapi so cantik.

Love makeup dia. Kening natural, tak macam orang lain mekap yang nampak cetak sangat keningnya.

Sekadar info, Janna Nick dan Dini selamat bergelar suami isteri pada pertengahan Jun 2023 yang lalu. Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di sebuah hotel di Langkawi, Kedah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

"Dagu Tetap Milik Mama.." - Shila Amzah Kongsi Foto Anak Kedua Selepas Sebulan Melahirkan