
Pasangan pelakon Dini Schatzman dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024.
Selain menarik perhatian netizen dengan majlis majlis ulang tahun pertama perkahwinan gemilang yang dihadiri kenalan baik mereka, ucapan dan pendedahan yang dibuat Dini mengenai rutin bergelar suami isteri juga menjadi bualan.
Menerusi sebuah video dengan durasi sekitar empat minit yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Dini yang selesa bercakap dalam bahasa Inggeris memberitahu kehidupannya banyak berubah ke arah kebaikan sejak berkahwin dengan Janna.
Pengikat hubungan
"Antara rutin kegemaran yang kami tidak kongsi adalah setiap malam apabila kami pulang, tak kiralah, jika salah seorang daripada kami pulang awal, kami akan tunggu untuk mandi bersama.
“Selepas mandi kami akan solat dan saya akan sikat rambut isteri sebelum kami tidur. Itu adalah rutin terbaik yang kami lakukan.

