Dituduh kapitalis, Khairul Aming mohon maaf -“Kalau dengan saya berniaga ni sakitkan hati anda…”

LocalBusiness & Finance
7 Sep 2026 • 9:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, meluahkan rasa sedih selepas dilabel sebagai seorang kapitalis susulan projek terbaharunya yang didakwa sesetengah pihak hanya menguntungkan golongan berada.

Isu itu tercetus selepas seorang pengguna platform Threads mempertikaikan perkembangan perniagaan Khairul Aming dan mendakwa beliau kini semakin beralih kepada model perniagaan kapitalis sepenuhnya.

“You know KA dah beralih ke game full-on capitalist when this kind of project now diketengahkan,” tulis pengguna berkenaan.

Image from: Dituduh kapitalis, Khairul Aming mohon maaf -“Kalau dengan saya berniaga ni sakitkan hati anda…”

Pengguna itu turut menyarankan supaya Khairul Aming memberi tumpuan kepada pembukaan cawangan kedua restoran Rembayung, selain mempersoalkan kerjasama beliau dengan pihak yang disifatkan sebagai golongan kaya.

Pandangan berkenaan kemudian turut disokong pengguna lain yang mendakwa usahawan itu sememangnya mempunyai jiwa kapitalis.

Menjawab kritikan berkenaan, Khairul Aming berkata beliau terkilan apabila usaha dan kemajuan usahawan tempatan dilihat secara negatif.

“Sejujurnya sedih la camni. Usahawan negara lain maju berniaga tapi bila kita yang tempatan nak buat jadi serba tak kena,” luah Khairul Aming.

Image from: Dituduh kapitalis, Khairul Aming mohon maaf -“Kalau dengan saya berniaga ni sakitkan hati anda…”

Menurutnya, perniagaan yang dibangunkan bukan semata-mata untuk kepentingan peribadi, sebaliknya turut memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk pekerja, pembekal, vendor, penghantar serta negara.

“Hasil perniagaan ni untuk semua. Pekerja, supplier, vendor, abg courier, customers, cukai negara, pungutan zakat, semuanya dapat benefit,” jelas beliau.

Image from: Dituduh kapitalis, Khairul Aming mohon maaf -“Kalau dengan saya berniaga ni sakitkan hati anda…”

Khairul Aming turut berkata segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang membangunkan perniagaan akan terus dikongsikan kepada orang ramai supaya dapat dimanfaatkan bersama.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf secara terbuka sekiranya usaha yang dilakukan itu mengguris perasaan mana-mana pihak.

Sumber:  Threads Khairulaming

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved