“Dia Memang Suka Bergurau” – Adira Nafi Rujuk Dengan Datuk Red, Tegaskan Tiada Berita Gembira

Entertainment
16 Mar 2025 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Adira Suhaimi menepis spekulasi bahawa dia bakal rujuk dengan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

Menurut Adira, kenyataan yang dibuat Datuk Red sebelum ini hanyalah gurauan semata-mata.

“Datuk Red memang suka bergurau, dia suka main cakap saja. Bila ada orang tanya dalam sesi ‘live’ sama ada kami dah rujuk, dia terus jawab ‘sudah’.

“Tapi yang kenal dia, tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada apa-apa berita gembira daripada kami,” katanya.

image is not available
Adira dan Datuk Red

Buat masa ini, Adira mengakui masih belum terfikir untuk kembali berumah tangga dan lebih selesa dengan kehidupannya sekarang.

“Ramai yang mendoakan, tapi saya belum sampai ke tahap itu. Saya tak fikir pun nak ada orang lain sekarang.

“Saya lebih fokus besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya sangat perlukan saya. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada pun, tak mengapa,” tambahnya.

Menurut laporan Harian Metro, Adira berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music Entertainment, di mana dia turut melancarkan lagu raya baharunya bersama Black Hanifah berjudul Syawal Rindu.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai pada 24 April tahun lalu selepas lapan tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob, 3, yang kini berada dalam jagaan Adira.

Kredit: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.