“Dia minta tambah…” – Bapa Sahkan Bihun Yang Dimakan Anaknya Tiada Bau Aneh

Entertainment
12 Jun 2024 • 11:04 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kita digemparkan dengan berita kematian seorang remaja 17 tahun serta kanak-kanak 2 tahun yang dipercayai meninggal dunia akibat keracunan makanan yang didapati dari sebuah sekolah di Gombak.

Bapa kepada Allahyarham Luth Izhar Kamal bagaimanapun mengesahkan keadaan bihun yang dimakan oleh anaknya itu tidak kelihatan mencurigakan serta tiada bau aneh.

image is not available

Kamal Baihan menerusi Harian Metro berkata anaknya itu sentiasa memeriksa makanan yang dijamahnya termasuk bihun goreng dan telur mata yang dibawa pulang pada hari insiden itu berlaku.

“Saya ada mencium (bau) bihun yang dibawa pulang oleh isteri dan tiada apa-apa bau tidak elok pada makanan itu.

Semasa makan, Luth ada minta tambah telur daripada kakaknya kerana kakaknya tidak makan telur yang ada bersama bihun tersebut,” katanya.

Lebih menyedihkan, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata dia menyangka gurau senda dan gelak tawa bersama anak bongsunya kelmarin bakal menjadi memori indah terakhir buat dirinya.

“Jika ada pihak yang mahu menjalankan siasatan, ia terpulang kepada pihak terbabit.

Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah Luth kerana kematian tidak akan terlewat atau awal dari apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa,” katanya.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat…

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.