“Dia nak kahwin dengan abah aku” – 10 Tahun Mak Jadi Mayat Hidup, Menderita Disihir Bibik

Entertainment
27 Feb 2024 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Amalan sihir atau ilmu hitam masih lagi menjadi pilihan segelintir individu demi memenuhi kehendaknya walaupun tahu perbuatan itu dimurkai Allah SWT.

Seorang individu berkongsi pengalaman apabila ibunya menjadi mangsa sihir akibat daripada perbuatan pembantu rumah mereka.

Dia yang berkongsi cerita menerusi NGL yang dimuat naik oleh Detik Seram di platform X berkata, ibunya telah menderita selama 10 tahun angkara perbuatan keji individu tersebut.

“Mak aku kena buatan sihir mayat hidup dari pembantu rumah dari seberang, orang Jawa. Selama dia jadi pembantu rumah, mak aku bulat-bulat percaya dekat dia. Baik hati sampaikan beli barang emas yang dia nak,” katanya.

image is not available

Namun, di sebalik kebaikan yang dipamerkan, rupa-rupanya mangsa telah dikhianati pembantu rumah sendiri.

Mangsa mengalami pelbagai kesakitan sehingga diibaratkan seperti mayat hidup. Katanya, setiap malam ibunya akan melihat mereka seperti kali terakhir dan sering mendapat bayangan dikafankan dan dikebumikan.

image is not available

Guna kambing gurun hitam & tanah orang mati

Perbuatan khianat pembantu rumah itu terbongkar apabila ibunya pergi ke Indonesia untuk hadir ke majlis perkahwinan.

Katanya, ada seorang tua yang menegur ibunya untuk pergi berubat dan ibunya pelik bagaimana orang tua tersebut tahu dirinya sedang sakit.

Ketika sedang berubat, tiba-tiba pembantu rumah tersebut masuk ke dalam bilik dan menangis. Dia mengaku telah menggunakan sihir dan meminta maaf kepada majikannya itu.

image is not available image is not available

Ibunya kemudian dirawat oleh seorang kiyai disebabkan sihir itu terlalu kuat. Dua malam berturut-turut ibunya dirawat untuk membuang sihir terbabit.

image is not available

Selepas kejadian itu, ibunya kini sudah sembuh sepenuhnya dan pembantu rumah terbabit telah ditamatkan perkhidmatannya dan dihantar pulang ke kampungnya.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.