“Dia nak lari dengan kekasih gelap” – Suami Pembantu Rumah Ayu Raudhah & Zaquan Dedah Punca Isteri Larikan Diri?

Entertainment
22 Aug 2024 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah memuat naik satu hantaran di lnstagram miliknya tentang dua orang pembantu rumah adiknya, Ayu Raudhah yang dipercayai telah melarikan diri.

Dia juga turut menyeru orang ramai yang terserempak atau mengenali dua orang pembantu rumah warga negara asing itu untuk menghubunginya.

image is not available

Mengulas lanjut mengenai kejadian ini, Ayu Raudhah yang juga isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha, menjelaskan kedua-duanya masih baharu bekerja dengan mereka sekeluarga di Seremban. Seorang baru bekerja sebulan, manakala seorang lagi bekerja hanya dalam tempoh 4 bulan.

Menerusi kenyataan di Mstar, Ayu memaklumkan sebelum kejadian lari, Zaquan telah menerima mesej daripada suami kepada salah seorang pembantu rumah. Menerusi mesej tersebut, lelaki itu memberi amaran agar mereka berhati-hati dengan wanita itu yang dipercayai telah merancang untuk lari dengan kekasih gelap.

“Lelaki berkenaan mesej Zaquan minta kami berhati-hati sebab dia dapat tahu isteri dia nak larikan diri lepas dapat gaji. Suami pembantu saya ni berada di Indonesia dan dakwa isterinya curang dan mahu lari bersama kekasih gelapnya”

image is not available

Bagaimanapun, Ayu turut menjelaskan mereka hanya mendapat mesej itu selepas pembantu rumah mereka lari dan gagal untuk mengelak ia daripada berlaku.

“Tapi masalahnya mereka hantar mesej itu lepas pembantu itu melarikan diri. Kalau kami tahu lebih awal, mungkin saya ambil telefon dan tahan dia”

Difahamkan ketika kejadian, Ayu tengah berpantang melahirkan anak ketujuh di rumah Che Ta di Kuala Lumpur. Dia segera pulang ke Seremban setelah dimaklumkan Zaquan sekembali dari menghantar anak ke sekolah.

Semoga dipermudahkan urusan Ayu-Zaquan sekeluarga selepas ni..

Sumber : Mstar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.