“Dia Nak Tunjuk Siapa Selama Ini Individu Buat Gerakan Jatuhkan Presiden” – Nurul Zahid

Politics
22 Nov 2022 • 1:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Anak kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah meluahkan pendapat peribadinya mengenai kemelut yang berlaku di dalam parti UMNO.

Hantaran yang dibuatnya di laman sosial itu dipercayai ada kaitan dengan gesaan ahli akar umbi UMNO yang mahu Zahid Hamidi letak jawatan selepas parti itu kalah teruk pada PRU 15.

Ada gerakan jatuhkan presiden?

image is not available

Kata Nurul Zahid, bertahun-tahun parti PAS menjadi pembangkang tiada satu pun gerakan secara terangan-terangan yang mahu menjatuhkan Presiden PAS.

Namun ianya didakwa berbeza dengan ahli UMNO. Jelasnya lagi, Allah SWT Maha Baik dan dia sebenarnya mahu tunjuk siapa individu yang selama ini membuat gerakan menjatuhkan presiden.

Lebih panas lagi apabila Nurul memetik nama bekas Perdana Menteri ke-6 Najib Razak.

“Berapa ramai yang lompat lepas PRU14?” – Nurul

image is not available

Tegas beliau lagi, pandangan ini adalah pendapat peribadi daripada pemerhatiannya sendiri dan tiada kena mengena dengan sesiapa.

image is not available

Hmm, agak-agak Nurul Zahid tuju hantaran ni untuk siapa ya?

Kredit: Instagram | TikTok Nurul Zahid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.