“Dia nampak cool” – Wanita Jepun Jelas Kenapa Lelaki Dari Malaysia Paling Handsome Di Asia

Entertainment
21 May 2025 • 5:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua orang wanita dari Jepun menyifatkan lelaki dari negara Malaysia adalah paling kacak di Asia. Perkara itu didedahkan menerusi satu sesi street interview yang dikendalikan oleh seorang TikToker ini.

Dalam video tersebut, dua wanita ini telah diberi pilihan untuk memilih jejaka dari negara mana yang telah menarik minat mereka.

Dalam video tersebut, kedua-dua wanita itu diberi pilihan antara Korea atau China, mereka memilih Korea, sebelum berubah kepada jejaka India, bagaimanapun pilihan mereka berubah apabila dibandingkan dengan Malaysia.

Ketika disoal kenapa mereka memilih Malaysia, salah seorang daripadanya menjelaskan bahawa lelaki Malaysia mempunyai facial feature yang menarik.

Malah, seorang lagi wanita menjelaskan bahawa dia ada melihat TikTok seorang lelaki yang berasal dari Malaysia dan lelaki berkenaan kelihatan sangat segak.

Menjengah ke ruangan komen, netizen di Malaysia syak mungkin disebabkan oleh seorang TikToker yang dikenali sebagai Nazmi. Bahkan, ada juga yang bangga apabila mendengar pujian daripada wanita ini.

image is not available image is not available image is not available

Mungkin mereka suka melihat orang-orang yang berkulit tan macam kita kot.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.