
Tular di media sosial hari ini apabila seorang lelaki mendedahkan mengenai sikap penyewa rumahnya yang telah berhutang selama 3 bulan enggan membayar wang sewa rumah malah memetik hadis Al-Quran demi ‘menghalalkan’ perbuatannya itu.
Dalam hantaran yang dimuat naik saudara Yusnizam Yusoff di Facebook ini, dia telah meminta penyewa berkenaan untuk berpindah dan diberikan notis awal kerana ingin melakukan renovasi terhadap kondominium miliknya itu.
Payah juga nak orang keluar dari rumah sewa. pic.twitter.com/wogs1JlZfk
— ?????meissquen????? (@meinmokhtar) September 29, 2022
Malah, penyewa berkenaan juga telah gagal membayar sewa RM900 sebulan selama tempoh 3 bulan namun menggunakan alasan ‘tidak mampu’ dan tidak punya wang.
Lebih menjengkelkan adalah apabila penyewa itu juga telah dilihat ‘menunggang’ agama Islam kerana melampirkan hadis Al-Quran seolah-olah ingin lari daripada tanggungjawabnya untuk melangsaikan hutang sewa.
Manakala di satu hantaran terbaru, saudara Yusnizam juga dilihat terpaksa mengalah di atas kedegilan penyewa tersebut sehinggakan ‘menghalalkan’ saja hutang-hutang yang masih ada.
Namun yang peliknya, penyewa berkenaan juga enggan berpindah kerana alasan masalah kewangan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘panas hati’ dengan penyewa berkenaan yang degil malah memanipulasi penggunaan ayat-ayat hadis Al-Quran.
Ramai juga yang meminta agar saudara Yusnizam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyewa yang tidak bertimbang rasa itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Bunyi Macam Murah Sangat” - Gadis Gen-Z Ini Luah Rasa ‘Annoying’ Dipanggil Sebagai Anak Dara?
The post “Dia Pakai Hadis Pulak” – Penyewa Tak Bayar Sewa 3 Bulan Enggan Keluar Rumah, Siap Jadi ‘Penunggang Agama’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![[VIDEO] Video gaduh tular berpunca daripada kenaikan sewa rumah](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)