“Dia Pernah Jadi Orang Yang Saya Cintai” – Fikry Ibrahim Umum Sudah Bercerai Dengan Isteri Sejak 6 Bulan Lalu

Entertainment
22 Sep 2026 • 6:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim akhirnya mengumumkan bahawa dia dan isterinya telah berpisah selepas 173 hari, sekali gus menjawab persoalan mengenai status rumah tangga mereka.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fikry memaklumkan perkara tersebut selepas memilih untuk mengambil sedikit masa sebelum berkongsi berita berkenaan kepada umum.

Advertisement
View this post on Instagram

“Dengan izin Allah, saya ingin berkongsi bahawa saya dan bekas isteri telah berpisah sejak 173 hari yang lalu.”

Menurut Fikry, keputusan untuk tidak berkongsi lebih awal bukan kerana mahu menyembunyikan perkara tersebut, sebaliknya dia memerlukan ruang untuk mengumpul kekuatan dan menerima ketentuan yang berlaku.

Dia turut menegaskan bahawa tiada pihak yang perlu dipersalahkan atas perpisahan berkenaan.

“Tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Ada perjalanan yang Allah izinkan untuk kita tempuh bersama, dan ada perjalanan yang akhirnya membawa kita ke jalan yang berbeza.”

Dalam perkongsian sama, Fikry turut mendoakan agar bekas isterinya sentiasa dipelihara Allah, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

fikry

Dia juga mengakui bekas isterinya tetap mempunyai tempat tersendiri dalam perjalanan hidupnya meskipun mereka kini tidak lagi bersama.

“Walaupun kini kami tidak lagi bersama, dia tetap pernah menjadi seseorang yang saya cintai dan pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya.”

Fikry turut memohon agar segala urusan selepas ini dipermudahkan dan masing-masing diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cp sarimah2026-09-22 11:39:39

Pelakon Jelita Dedah Tolak Tawaran Berlakon, Dikehendaki Bercumbu Dan Babak Intim - "Ia soal Maruah Diri"

The post “Dia Pernah Jadi Orang Yang Saya Cintai” – Fikry Ibrahim Umum Sudah Bercerai Dengan Isteri Sejak 6 Bulan Lalu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved