“Dia Pilih Syurga Daripada Dunia” – Ada Yang Pertikai Syasya Tinggalkan Dolla Kerana Berkahwin, Peminat ‘Back Up’

Entertainment
22 Apr 2024 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya semalam telah mengejutkan peminat kumpulan nyanyian itu apabila dia mengumumkan sudah bernikah bersama lelaki pilihannya.

Namun, berita baik itu tidak dapat diterima sesetengah pihak kerana ia didakwa terlalu mengejut dan tiba-tiba.

Kata netizen, tidak perlu meninggalkan karier ketika berada di puncak hanya semata-mata ingin mendirikan rumah tangga, malah ada yang menganggap suami Syasya sebagai ‘red flag’.

Meskipun begitu, peminat setia penyanyi lincah itu tampil mempertahankan tindakan Syasya yang dianggap sebagai murni apatah lagi statusnya sebagai seorang muslim.

Kata mereka, suami Syasya tidak patut dipersalahkan atas setiap tindakan penyanyi itu kerana kerjayanya itu tidak memberi manfaat terhadap agama Islam.

Perlu ingat dia seorang muslim dan ini adalah pilihan yang lebih baik untuknya. Kerjaya idolnya tak dapat memberi manfaat kepada agamanya.Dia memilih jannah daripada dunia, yang terbaik untuk dirinya.

Pendapat itu kemudiannya disokong ramai netizen di media sosial kerana Syasya memilih untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Paling pelik yang tak habis-habis sedih tanya dia kenapa keluar dari group. Suka ke tengok dia terus macam tu dengan menari pakai seksi-seksi? Sedih betul tengok sesetengah orang ni. Sepatutnya kita gembira dengan dia.

Korang tak suka ke tengok dia berubah? Kalau bukan sebab kahwin pun, dia tak boleh nak tinggalkan ke kalau dia nak berubah? Orang tu beribadat, bukannya bermaksiat.

Terdahulu, bekas syarikat rakaman yang menaungi Syasya memaklumkan bahawa penyanyi itu telah selamat bergelar isteri orang pada Sabtu lalu.

Maklum pihak Universal Music Malaysia lagi, keputusan Syasya untuk bernikah adalah faktor utama dia meninggalkan kumpulan Dolla.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Selepas Meninggalkan Kumpulan Dolla, Syasya Rizal Dikhabarkan Sudah Sah Bernikah?