“Dia Pilih Syurga” – Syasya Rupa-Rupanya Keluar Dolla Untuk Berkahwin, Netizen Tampil ‘Back Up’

EntertainmentMusic
22 Apr 2024 • 12:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
dolla

Syarikat rakaman yang menaungi Dolla memaklumkan bahawa bekas anggota kumpulan itu iaitu Syasya Rizal telah selamat bergelar isteri pada Sabtu lalu.

Jelas Universal Music Malaysia lagi, keputusan Syasya untuk bernikah adalah faktor utama dia meninggalkan kumpulan tersebut.

image is not available

Namun, berita perkahwinan Syasya tidak dapat diterima sesetengah pihak kerana ia didakwa terlalu mengejut dan tiba-tiba.

Kata netizen, tidak perlu meninggalkan karier ketika berada di puncak semata-mata ingin mendirikan rumah tangga, malah ada yang menganggap suami Syasya sebagai ‘red flag’.

Meskipun begitu, peminat setia penyanyi lincah itu tampil mempertahankan tindakan Syasya yang dianggap sebagai murni apatah lagi statusnya sebagai seorang muslim.

image is not available

Kata mereka, suami Syasya tidak patut dipersalahkan atas setiap tindakan penyanyi itu kerana kerjayanya itu tidak memberi manfaat terhadap agama Islam.

Pendapat itu kemudiannya disokong ramai netizen di media sosial kerana Syasya memilih untuk berubah ke arah yang lebih baik.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.