“Dia Puji Sebutan Saya..” – Song Joongki Kongsi Nama Panggilan Manja Buat Isteri

EntertainmentLifestyle
6 Jan 2025 • 10:55 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pejam celik pejam celik, siapa sangka dah hampir 2 tahun Song Joong-ki dan isterinya berkahwin.

Baru-baru ini, Song Joong-ki telah muncul sebagai tetamu dalam program “Please Take Care of My Refrigerator”, merupakan penampilan pertamanya dalam rancangan hiburan selepas 10 tahun.

Dalam program itu, dia ada bercakap tentang isterinya, Katie,

Isteri saya berasal dari Itali dan dia telah tinggal di sana sepanjang hidupnya. Jadi kami menghabiskan masa setengah tahun di Itali dan dia juga memang minat makanan Itali.

image is not available

Kemudian, lelaki itu turut sempat mendedahkan nama panggilan buat isterinya,

Isteri saya yang memilihnya dan kami memanggil satu sama lain ‘Sayang’. Apabila isteri saya mendengar saya menyebut ‘Sayang’ dalam bahasa Korea, dia berkata sebutan saya sangat cantik dan terus memilihnya.

Elele bersemut lah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.