
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kegiatan merempit bukanlah sesuatu baru, bahkan sehingga hari ini masih ada segelintir penunggang-penunggang motosikal terutamanya dalam kalangan remaja yang melakukannya.
Pelbagai kempen kesedaran tentang bahaya merempit juga telah dilakukan, namun masalah sosial itu masih tidak dapat dibendung sepenuhnya di Malaysia.
Tidak dinafikan, ada sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang anak mereka yang gemar menunggang motosikal secara bahaya. Lebih parah lagi, ada yang menyebelahi anak apabila ditegur.
Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Jatuh Ketika Tunjuk Aksi ‘Wheelie’ Depan Orang Ramai, Motosikal Rempuh Myvi [Video]
Tular bapa sergah individu yang tegur anaknya kerana didakwa merempit
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang bapa menyebelahi anak lelakinya yang didakwa merempit di sebuah kawasan kampung.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun X @mynewshub, remaja itu dipercayai ditegur dan dimarahi oleh beberapa penduduk kampung di sana.
Bapa remaja itu yang tidak berpuas hati dengan perkara terbabit kemudiannya menyergah individu-individu yang memarahi anaknya itu.
“Woi yang korang marah anak aku ni apahal, suka-suka je nak marah anak aku,” kata bapa remaja terbabit sambil bercekak pingang.
Anak didakwa bawa motosikal laju, siap wheelie, tapi bapa masih backup
Seorang individu mendakwa mereka menegur remaja itu kerana membawa motosikal secara laju dan melakukan aksi berbahaya iaitu wheelie.
Namun, lelaki berkenaan dilihat tetap menyebelahi anaknya dengan berkata, “Dia punya motosikal, dia punya pasal lah”.
“Tak boleh lah macam tu, kita ni risau keselamatan penduduk di sini, takut berlaku kemalangan ke apa,” balas individu itu.
Lelaki terbabit juga lebih mempercayai kata-kata anaknya bahawa dia tidak melakukan aksi wheelie seperti yang didakwa sekumpulan penduduk kampung itu.
“Anak aku cakap dia tak buat pun, yang korang pandai-pandai menuduh ni apahal? Dia dengan aku tak pernah menipu, dia mesti cakap jujur,” kata lelaki itu.
Pun begitu, tiada rakaman yang dapat membuktikan remaja berkenaan sememangnya merempit di kawasan tersebut.
Anak dia bawak moto laju…siap wheely….orang setempat tegur la….sebab bahaya…..
— MYNEWSHUB (@mynewshub) November 9, 2025
Bapa: "Dia punya moto…dia punya pasai la….." pic.twitter.com/PvKN5AXCmT
Ramai kecam sikap bapa suka backup anak buat salah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki itu yang terlampau menyebelahi anaknya sehingga tidak boleh menerima teguran individu lain.
Ramai netizen yang berpendapat bahawa sikap ibu bapa sebegini yang menyebabkan anak-anak menjadi lebih keras kepala dan berani melakukan kesalahan.
Malah, kebanyakan netizen juga menasihati penduduk kampung di sana melaporkan sahaja kepada pihak polis sekiranya melihat remaja itu merempit.
Namun, ada juga yang mendakwa video tersebut sebenarnya hanya konten dan pemilik asal video banyak memuat naik klip-klip sketsa bergaduh.
Betul. kat fb banyak video dia ni buat sketsa bergaduh. Laman rumah yg sama. gaduh keluarga berebut tanah la, gaduh minta hutang la.
— Majestic13 (@Majestic136) November 9, 2025



