“Dia punya tak puas hati…” – Cik Epal Tergelak Bila Dituduh Bayar Jason Buat Review Piza Mendonia

EntertainmentFood
25 Nov 2025 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pempengaruh yang terkenal dengan ulasan jujur pasal makanan, Jason menjadi tumpuan orang ramai apabila dia memberikan review positif terhadap piza milik pempengaruh, Cik Epal iaitu Piza Mendonia.

Jika dilihat dalam video yang berdurasi 4 minit lebih daripada Jason itu, cara review yang diberikan oleh Jason ini sangat berlainan daripada review yang diterima Piza Wagyu sebelum ini.

Artikel berkaitan : “Kuku panjang penuh..” – Cik Epal Dikecam Tayang Video Staf R&D Piza Mendonia

fesofol dont ask about the pizza costume. sekenofol, i wanted to menyamar

image is not available
#PizzaMendonia #wagyupizza #makanlokal #jasonfoodreview #pizzareview

♬ original sound – Jason image is not available – Jason image is not available

Dalam masa 3 hari dimuat naik, video ini telah meraih lebih daripada 3 juta jumlah tontonan dan ianya tular dan menjadi buah mulut netizen daripada pelbagai jenis platform.

Disebabkan itu, ada segelintir pihak yang tidak puas hati dengan mendakwa bahawa Cik Epal telah membayar Jason untuk memberikan review positif terhadap piza miliknya.

image is not available

Terpanggil dengan pertikaian itu, Cik Epal tampil memberikan respon sinis terhadap dakwaan tersebut.

 

View on Threads

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyebelahi Cik Epal namun ada juga yang mendakwa Jason akan memberikan syarat ketat buat mana-mana vendor makanan yang memerlukan perkhidmatannya.

Sumber : Threads, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.