“Dia Seksi..” – Jung Yoomin Ulas Babak Provokatif Dengan Sung Hoon Dalam ‘Perfect Marriage Revenge’

5 Dec 2023 • 2:47 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sedih lah apabila drama Korea kegemaran menamatkan tayangan, kan?

Terbaru, “Perfect Marriage Revenge” telah pun menyiarkan episod terakhirnya di mana Seo Do-guk (Sung Hoon) dan Han Yi-joo (Jung Yoo-min) menemui bahagia mereka meskipun pada awalnya, mereka hanya berkahwin atas dasar kontrak.

Popular di peringkat global, ramai mengatakan drama ini berseri dek keserasian antara teraju utamanya iaitu Sung Hoon dan Jung Yoo-min. Komen pelakon wanita itu dalam satu temubual eksklusif mengenai babak ciuman mereka,

Sebenarnya itu babak pertama Yi-joo bersama Do-guk dan sudah ada kedalaman watak seperti itu. Malah penonton turut bertanya boleh ke babak ciuman bermula secepat ini. Keserasian antara mereka sangat hangat, jadi saya sangat sukakan babak itu.

image is not available

Mengenai babak yang lebih provokatif selepas itu, jawabnya tertawa,

Selepas itu, saya meminta Sung Hoon supaya bersenam kerana dia kelihatan seksi. Saya dapat menjalani rakaman dengan lebih selesa pada ketika itu.

Korang dah habis layan “Perfect Marriage Revenge”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.