“Dia Selamatkan Nyawa Orang” – Lori Rempuh Divider Untuk Elak Kereta Undang Perhatian [Video]

LocalCars
17 Apr 2024 • 6:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Hampir setiap hari, pasti ada kes kemalangan yang berlaku di atas jalan raya melibatkan kereta, motosikal dan juga kenderaan berat.

Memetik Astro Awani, sejumlah 598,635 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 30 Disember tahun lalu.

Kadangkala, setiap pemandu jalan raya telah melakukan yang terbaik untuk mengelakkan kemalangan, namun dalam sesetengah kes terdapat masalah teknikal hingga menyebabkan perkara tidak diigini berlaku.


Lori Tanah Rempuh Pembahagi Jalan, Elak Terlanggar Kereta

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@perakpress) menyaksikan situasi cemas yang berlaku di jalan Tanjong Rambai menghala ke Gerik, Perak.

Menerusi video dashcam, seorang individu dilihat sedang mengawal pergerakan kenderaan dipercayai disebabkan oleh penyelenggaraan jalan raya di hadapan.

Kelihatan beberapa buah kereta di laluan kiri telah berhenti mengikut arahan individu yang sedang mengawal jalan raya itu.

Namun begitu, sebuah lori tanah dengan kelajuan tinggi secara tiba-tiba dilihat merempuh pembahagi jalan dipercayai untuk mengelak daripada terlanggar beberapa buah kereta yang sedang berhenti.

image is not available
Sumber: TikTok (@perakpress)


Pengguna Jalan Raya Sempat Mengelak Dari Lori

Seorang penunggang motosikal, beberapa orang pemandu kereta dan individu yang mengawal jalan raya berada dalam keadaan selamat selepas mereka dilihat sempat mengelak daripada lori tersebut.

Namun sehingga kini, kami masih belum dapat memastikan keadaan pemandu lori tanah terbabit.

@perakpress

Kejadian berlaku hari jni di Jalan tg rambai – air panas menghala ke Gerik.

♬ original sound – PerakPress – PerakPress


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Lori Tanah Rempuh Pembahagi Jalan

Menjengah ke ruangan komen, segelintir individu berkata pemandu lori berkemungkinan tidak sempat menekan pedal brek untuk berhenti selepas melalui selekoh dan jalan yang menurun bukit.

“Tengok daripada dashcam belakang, jalan tu selekoh sedikit dan menurun (bukit). Kereta memang sempat brek tetapi lori?” tanya seorang lelaki.

Dalam pada itu, ramai juga telah memuji tindakan pantas pemandu lori untuk merempuh pembahagi jalan agar dapat mengelak kemalangan dengan kenderaan lain.

“Tidak kisah brek dia rosak atau tidak. Yang penting dia sedaya upaya elak agar tiada benda buruk berlaku,” kata seorang netizen.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa pihak yang sedang menyelenggara jalan raya harus meletakkan banyak papan tanda amaran agar pemandu lebih cakna.

“Ni sebab tak letak papan tanda awal-awal bahawa terdapat kerja pembaikan jalan di depan,” ujar seorang lelaki.

image is not available
Sumber: TikTok (@perakpress)


Tips Keselamatan Ketika Berada Di Atas Jalan Raya

Sekiranya anda berada di jalan raya, terdapat beberapa tips keselamatan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu dipatuhi. Hal ini bagi memastikan setiap keselamatan pemandu terjamin. Antaranya:

image is not available
Sumber: Pexels/Wap Car

  • Mematuhi jarak selamat antara kenderaan.
  • Memakai tali pinggang keledar.
  • Mematuhi had laju ditetapkan di atas jalan raya.
  • Tidak melanggar lampu isyarat.
  • Jangan memandu ketika dalam keadaan mabuk.

Hati-hati semua!

Source: