
SANDAKAN: Keadaan jalan raya di kawasan Jalan Bandar Utama Batu 6, di sini, didapati berlubang dan dikhuatiri mampu mendatangkan kemalangan kepada pengguna jalan raya di kawasan tersebut.
Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, Calvin Chong Ket Kiun juga telah segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas beliau membuat lawatan ke kawasan tersebut.
Calvin berharap pihak JKR juga akan segera menghantar pasukannya bagi melakukan kerja baikpulih demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
“Perkara ini harus dititikberatkan kerana pengguna jalan raya di kawasan tersebut berpontensi mengalami kemalangan sekaligus mampu menyebabkan kecederaan mahupun sebarang bentuk kerugian,” jelasnya dalam satu kenyataan selepas meninjau di kawasan itu.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau turut menegaskan agar kerja-kerja membaikpulih harus dibuat bagi kegunaan jangka masa yang lama untuk mengelak permasalahan yang sama berulang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![“Dia Selamatkan Nyawa Orang” – Lori Rempuh Divider Untuk Elak Kereta Undang Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)