“Dia Suami Yang Sangat Baik” – Nur Nilam Akhirnya Kembali Bahagia Dengan Azlan Komeng

LocalEntertainment
3 Jun 2025 • 11:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia azlan komeng berpoligami

Selepas dihimpit kontroversi sebelum ini, rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz kini kembali tenang dan harmoni.

Menurut laporan Astro Gempak, Nilam yang aktif di TikTok berkongsi beberapa video manis bersama suami tercinta, sekali gus membuktikan hubungan mereka kembali pulih tanpa kehadiran orang ketiga.

“Dia suami yang sangat baik” – Nur Nilam Ortiz

image is not available

Dalam salah satu video yang meraih perhatian ramai, Nilam meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk menghargai kebaikan suaminya.

Alhamdulillah, dia seorang suami yang sangat baik. Dari hanya satu kesilapan dia, dia masih mempunyai seribu kebaikan yang harus akak raikan. Doakan ya, InsyaAllah.

Pernah nak fasakh, kini kembali bertaut

image is not available

Sebelum ini, Nilam pernah mendedahkan hasrat Azlan untuk berpoligami serta mengakui sudah bertemu wanita yang bakal menjadi madunya. Malah, Nilam juga pernah memfailkan permohonan fasakh, namun Azlan tidak mahu melepaskannya.

Kisah rumah tangga mereka kembali jadi perhatian selepas seorang wanita berpurdah yang didakwa bakal madunya memuat naik gambar bersama Azlan yang mencetuskan kekeliruan dalam kalangan netizen.

Namun Nilam tampil menafikan wanita berpurdah itu adalah dirinya.

Pssttt! Setiap rumah tangga ada ujian tersendiri. Yang penting, saling memaafkan, menghargai, dan memperbaiki diri demi keluarga yang bahagia.

Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.