Semakin Bahagia Dengan Suami, Nilam Ortiz Anggap Azlan Komeng Seorang Yang Baik – “Hanya Satu Kesilapan Dia..”

EntertainmentFamily & Parenting
3 Jun 2025 • 11:33 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz kini dilihat kembali tenang dan harmoni tanpa kehadiran orang ketiga.

Nilam turut berkongsi beberapa video mesra bersama suami di TikTok miliknya, yang berjaya mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian itu, Nilam meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan menyatakan dia hanya melihat sisi positif Azlan sepanjang perkahwinan mereka.

Alhamdulillah, dia seorang suami yang sangat baik. Dari hanya satu kesilapan dia, dia masih mempunyai seribu kebaikan yang harus akak raikan.Doakan ya, InsyaAllah.

Terdahulu, Nilam pernah mendedahkan bahawa Azlan berhasrat untuk berkahwin lagi dan dia juga telah bertemu dengan wanita yang bakal menjadi madunya.

Malah, Nilam difahamkan pernah memfailkan permohonan fasakh, namun Azlan enggan melepaskan isterinya itu.

image is not available

image is not available

Kisah rumah tangga mereka kembali menjadi perhatian apabila seorang wanita berpurdah yang dikatakan bakal madunya memuat naik gambar bersama Azlan.

Spekulasi mula timbul apabila netizen mendakwa wanita tersebut sebenarnya adalah Nilam, namun dia tampil menafikan dakwaan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hours ago

"Anak Kami Layak, Mengapa Tidak?" - Anzalna Nasir Jawab Kritikan Netizen Berkenaan Sikap Terlalu Mewahkan Anak-Anak