“Dia suka bersolek, berpenampilan kemas” – Dikritik Gayakan Anak Macam Orang Dewasa, TikToker Tampil Beri Penjelasan

Entertainment
20 Aug 2025 • 11:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang TikToker yang juga bapa tunggal tampil memberi penjelasan susulan ramai yang menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakannya menggayakan anaknya seperti individu dewasa.

Ia susulan tular sebuah video yang memaparkan anak perempuannya yang masih bersekolah rendah berpakaian seperti wanita dewasa, berkasut tumit tinggi dan bersolek.

Bapa kanak-kanak itu dalam satu hantaran di laman Threads mendedahkan dia sudah berpisah dengan isterinya dan telah menjaga anak perempuannya itu sejak berusia lapan.

image is not available

Katanya, dia diberikan hak penjagaan penuh ke atas anaknya manakala si ibu mengambil alih jagaan pada setiap hujung minggu.

“Selepas perceraian, saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab menjaga kebajikan anak saya.

“Sekiranya ada yang tidak betul tentang jagaan saya, sudah tentu saya telah disabitkan kesalahan,” ujarnya.

“Dia sudah terbiasa dengan penampilan kemas, bersolek”

Menurut TikToker itu, sejak kecil lagi anaknya sudah gemar berhias kerana sering menemaninya ke pelbagai majlis.

Jelasnya lagi, penampilan anaknya itu dipengaruhi oleh persekitaran dan daripada minatnya sendiri.

“Disebabkan kami sering berdua, ramai kenalan saya mengenali anak saya. Dari situlah dia terbiasa dengan penampilan kemas, suka bersolek, memakai pakaian cantik serta adakalanya berkasut tumit tinggi.”

Mengulas mengenai gelaran ‘mini wife’ yang digunakan dalam videonya, dia menjelaskan itu hanyalah istilah sarkastik untuk membalas segelintir pihak yang sering melabelkan anaknya dengan gelaran terbabit.

“Secara jujur, kami sendiri tidak pernah selesa dengan panggilan tersebut.”

image is not available

Katanya, semua kempen yang dilakukan adalah daripada persetujuan anaknya sendiri dan isu yang berlegar ini akan dijadikan pengajaran untuk dia memperbaiki diri.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.