“Dia Tak Handle Makanan”- Ramai Bimbang Jangkitan Herpes, Pekerja Kieda Crepe Beri Penjelasan [Video]

LocalFood
24 Jun 2025 • 1:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini usahawan, Kieda Crepe berkongsi yang doktor mengesahkan dia terkena jangkitan herpes pada mulut.

Dalam video itu, Kieda turut bergurau dengan mengatakan adakah kerana ‘telur’ suami masam punca dia terkena jangkitan tersebut kepada doktor berkenaan.

Video itu kemudiannya telah mendapat perhatian orang ramai yang mengkritik dan menyifatkan dia seperti membuka aib suaminya. Malah ada yang bimbang sebaik mengetahui usahawan menjual makanan manisan itu terkena jangkitan berkenaan.

Pekerja Kieda Crepe House tampil beri penjelasan selepas ramai bimbang kena jangkitan herpes

Terbaharu, salah seorang pekerja Kieda Crepe House yang dikenali sebagai Alya telah tampil memberikan penjelasan selepas ramai yang bimbang mengenai jangkitan tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan Kieda Crepe House di TikTok, Alya awalnya membacakan komen-komen yang diberikan oleh netizen mengenai kebimbangan mereka.

Ramai nasihat berehat dan kuarantin di rumah

Rata-rata yang meninggalkan komen, menasihatkan agar usahawan itu berehat atau menjalani kuarantin di rumah kerana bimbang sekiranya jangkitan herpes itu merebak.

Malah ada yang bersetuju seseorang yang djangkiti penyakit berjangkit tidak disarankan untuk mengendali makanan. Ini kerana penyakit tersebut akan mudah menjangkiti orang lain.

“Terima kasih yang bagi nasihat, tapi dekat sini Alya nak bagitahu. Selepas puan Kieda dapat nasihat daripada doktor, buat masa sekarang Puan Kieda rehat dekat rumah dan kalau anda nampak live dia banyak di rumah sahaja.

“Dalam masa terdekat ni dia tak banyak masa di dalam Kieda Crepe House, dia tak handle (kendalikan) makanan-makanan yang ada dekat Kieda Crepe House. Dia tak masuk pun produksi.

“Video yang terbaharu, susun Thai Bun pun ada yang komen, Thai bun tu dah dijangkiti ke (sebab) pegang Thai bun tu. Tu video lama kita cuma ‘throwback’ nak bagitahu Thai Bun ada dekat kedai,” jelas Alya.

Video dimuat naik adalah video lama yang digunakan semula

Kata Alya lagi, dalam video lama itu juga terdapat staf yang sudah tidak lagi bekerja dengan mereka.

Tambahnya para pelanggan tidak perlu risau mengenai makanan yang ada di kedai berkenaan kerana Kieda hanya datang ke kedai untuk mengambil barangnya sahaja.

Jelas Alya, majikannya juga kini sedang sibuk dengan persiapan rumah dan pelanggan boleh lihat sendiri di mana live juga dilakukan oleh team Kieda Crepe House dan bukan usahawan itu.

Dia juga meminta orang ramai agar tidak ragu-ragu datang ke kedai untuk membeli makanan.

“Terima kasih atas semua nasihat, kami cuba yang terbaik untuk semua tetamu Kieda Crepe House,” katanya di ruangan kapsyen.

@kiedacrepehouse Terima kasih atas semua nasihat , kami cuba yang terbaik untuk semua tetamu #kiedacrepehouse . 🙏🏻 BIG TOUR KIEDA CREPE 3.0 – PAHANG 🎢🔥 🗓️28.6.2025 ✨ SABTU ⏰ 9 PAGI SAMPAI HABIS 📍STADIUM MINI TEMERLOH 💸 PEMBELIAN CREPE BY COMBO & TIADA LIMIT 🫶🏻 …………………………………………………. BIG TOUR KIEDA CREPE 3.0 – JOHOR BATU PAHAT 🎢🔥 🗓️5.7.2025 ✨ SABTU ⏰ 9 PAGI SAMPAI HABIS 📍LOTUS PARIT RAJA , BATU PAHAT 💸 PEMBELIAN CREPE BY COMBO & TIADA LIMIT 🫶🏻 @KIEDACREPETOUR @KC CREPE PENANG @AMY KIEDA MERCHANDISE ♬ original sound – KiedaCrepeHouse

Ramai bimbang dan nasihat staf juga buat pemeriksaan

Melihat di ruangan komen, ramai yang menasihatkan staf usahawan itu juga perlu berjaga-jaga. Ini kerana jangkitan herpes bukanlah virus biasa sebaliknya ia tidak sembuh dan hanya boleh berkurangan.

Ada juga yang menasihatkan untuk tidak memandang ringan mengenai penyakit berjangkit tersebut.

Memetik laman DoktorOnCall, tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini, namun ubat-ubatan antiviral oral seperti acyclovir (Zovirax), famciclovir (Famvir) dan valacyclovir (Valtrex), dapat membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan.

Risiko jangkitan pada pasangan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat antivirus, kata Dr Nur Syudaha Zulkifli.

“Takutnya, herpes bukan virus biasa”

image is not available

“Staf pun kena jaga-jaga, mana tahu berjangkit dengan dia (Kieda)”

image is not available

“Jangan buat main penyakit berjangkit ni”

image is not available

“Bahaya juga sebab ada pembawa di situ. Minta semua periksa dulu. Kemudian buat lah video tunjuk yang staf semua tak terkena penyakit tu. Nak dapatkan kepercayaan pelanggan ni payah sikit bila dah ada isu-isu macam ni. Kena ambil tindakan besar untuk selesaikan..”

image is not available