“Macam Mana Kalau Suami Kata Bini Apam Basi” – Isu ‘Teloq’ Masam, Dr Say Beri Penjelasan

Health & FitnessLifestyle
24 Jun 2025 • 12:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kieda Crepe Herpes

Baru-baru ini, tular di media sosial kenyataan kontroversi usahawan terkenal, Kieda Crepe mengenai jangkitan herpes yang dialaminya di bibir.

Dalam video itu, Kieda secara berseloroh berkata, jangkitan itu berpunca daripada alat sulit suaminya yang tidak bersih (teloq masam).

Isu ini mencetuskan perbincangan hangat mengenai punca sebenar jangkitan herpes. Betul ke daripada alat sulit lelaki atau sebab ‘makan luar’?

Ini penjelasan doktor dan personaliti media sosial terkenal, Dr Say.

Apa itu cold sores? Bagaimana boleh berjangkit?

Menurut Dr Say, cold sores adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus herpes. Terdapat dua jenis virus iaitu Herpes Virus Simplex Type 1 (HSV-1) dan Type 2 (HSV-2).

HSV1 biasa berlaku dekat mulut dan HSV2 di kawasan kemaluan tapi kedua-duanya boleh bertukar tempat.

Jelasnya, jangkitan boleh berlaku daripada ciuman, seks oral atau berkongsi barangan peribadi seperti lip balm, lipstik, shaver atau tuala.

Sekiranya seseorang dijangkiti virus herpes, ianya akan kekal di dalam badan selama-lamanya tetapi jangkitannya boleh dikawal.

Jadi tak semestinya cold sores disebabkan teloq laki masham.

Tambahnya, seseorang ada risiko dijangkiti di tempat yang sama sekiranya terkena jangkitan viral, terlalu tertekan, terlalu penat, imuniti menurun, hormon berubah dan sebagainya.

Ha, untuk makluman ianya sangat mudah berjangkit tau! Jadi, janganlah berkongsi barangan peribadi kalau dah tahu ada herpes.

“Oh ni sebab apam bini saya basi lah ni”

image is not available

Selain itu, Dr Say juga menegur mengenai adab dalam memuat naik content ke media sosial. Kalau dah tahu ianya aib dan boleh mengundang fitnah, janganlah berkongsi secara terbuka.

Macam kita belajar hari ini, cold sores bukan 100% disebabkan teloq masham dan bukan tanda seseorang tak bermoral.

Katanya, walaupun gurauan kedengaran lawak tetapi jika situasi ditukarkan jantina pasti ianya tidak lucu lagi.

Lelaki tu kena cold sores pastu dia canang satu dunia, “Oh ni sebab apam bini saya basi lah ni”.

Pendek kata, zaman digital kini mulut kenalah seiring dengan adab. Please take note!

Pssttt! Betul juga kata Dr Say tu kan, kalau lelaki yang buat lawak tu mesti ramai yang mengamuk!

Kredit: Instagram Dr Say
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.