“Dia Tak Sayang Kau La” – Sarah Yasmine Berharap Ruhainies Ke Neraka

Entertainment
26 Apr 2024 • 3:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kemelut antara Ruhainies dan Sarah Yasmine makin panas apabila dia memuat naik tangkap layar perbualan bersama pelakon berkenaan dan berharap Ruhainies ke neraka.

Wanita yang mengaku sebagai kekasih Aliff Aziz itu difahamkan enggan berbaik dengan Ruhainies susulan permohonan maaf yang dibuat oleh pelakon itu.

Menerusi hantaran story di Instagram Sarah, pelakon berkenaan merayu kepadanya untuk berjumpa dan menjernihkan keadaan namun ditolak mentah-mentah.

Sarah juga menegaskan Aliff tidak menyanyangi Ruhainies dan menyuruhnya untuk terus hidup dalam dunia khayalan.

Dia tak sayang kau la, jadi buat la apa kau nak dengan hidup delusional kau.

image is not available

Tambahnya, Ruhainies juga perlu berhenti mempermainkannya kerana dia lebih mengenali Aliff Aziz dan tahu mesej dihantar adalah daripada Aliff.

Aliff boleh mesej saya secara peribadi kalau dia nak sebab saya sudah unblocked dia dan awak? Boleh pergi neraka.

Namun Ruhainies tidak menjawab persoalan tersebut sebaliknya merayu untuk berjumpa dengan Sarah.

image is not available

image is not available

Pelakon itu juga mendakwa sudah tidak menghubungi Aliff dan mengetahui informasi terkini kerana Caprice mahu mereka berempat berjumpa.

image is not available

Tambahnya, dia tidak mahu ungkit masa lepas dan mahu selesaikan masalah ini berdua.

Sekarang 2 of us pula, bukan ke selama ni 3 of us.

image is not available

Sarah juga meluahkan rasa kesal kerana Ruhainies mengutuknya untuk menyelamatkan diri sendiri dan jadi wanita disamping Aliff.

image is not available

Makin panas isu antara mereka ni sampai Sarah doakan mereka pergi ke neraka. Apa-apa pun, marilah kita tunggu kenyataan dari Aliff Aziz pula.

Kredit: Instagram @sarahyasminekh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.