Tak cukup tangan! Caprice terkejut terima lebih 900 aduan baru

Entertainment
26 Apr 2024 • 12:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Umum sedia maklum penyanyi rap sensasi, Caprice turut terlibat dalam kontroversi rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah selepas tangkap layar perbualan WhatsApp yang ditularkan oleh Sarah Yasmine, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli tarik diri dan tidak mahu mengendali kes melibatkan Aliff Aziz, Ruhainies, Bella Astillah dan juga Sarah Yasmine kerana merasakan perancangan asal sudah berubah.

Caprice

image is not available

Difahamkan juga, perselisihan faham yang berlaku antara Bella Astillah dan Caprice berhubung beberapa tuduhan sudah diselesaikan dengan cara yang baik.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Caprice di IG storynya, dia meluahkan rasa terkejut apabila menerima lebih 900 aduan dalam tempoh beberapa jam daripada netizen.

image is not available

Katanya, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberi maklum balas terhadap semua aduan yang diterima memandangkan hanya mempunyai kumpulan pelaksana yang kecil.

“Minta maaf semua tak pernah dapat lebih 900 aduan dalam berapa jam je ni… kita bukan NGO tau MOM our team is very small,” ujarnya.

Pun begitu, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana pihaknya akan membantu individu yang benar-benar perlukan pertolongan.

Caprice

image is not available

“I apologize kalau tak dapat layan semua. Kalau betul-betul perlu our help jangan risau, DM kita hari-hari so your message appear kat atas. Takut tenggelam di bawah bila DM baru masuk. Thank you,” katanya.

Sumber: Instagram @Caprice