“Dia takkan boleh lawan I” – Fathia Latiff Samakan Muka Zahirah MacWilson Macam Bibik Masa Sesi ‘Live’?

Entertainment
9 Jan 2024 • 9:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Fuh panas! Sejak dari semalam lagi, kecoh diperkatakan mengenai pelakon, Fathia Latiff yang telah mengkritik pasangan pelakon suami-isteri, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson dalam satu sesi live.

Menerusi video yang viral di TikTok, Fathia telah menyamakan wajah Zahirah seperti seorang bibik dan mendakwa aktres tersebut pernah ‘buat’ bibirnya di Australia.

Perkara itu dikatakan berlaku susulan Fathia membalas komen netizen yang menyatakan bahawa Zahirah jauh lebih cantik darinya semasa sesi live berlangsung di TikTok.

Are you sure? Bagi saya dia nampak macam bibik dan ayahnya seperti pelakon yang tak famous.

“Dia buat sesuatu pada bibirnya di Australia dan jangan nafikan yang saya lebih cantik dari dia,” kata Fathia.

Malah Fathia juga dilihat meluahkan rasa kesalnya apabila dikatakan namanya pernah dibuang dari menyertai sebuah acara jenama mewah gara-gara pasangan suami isteri itu juga hadir dalam acara yang sama.

Saya bersyukur kerana dia berkahwin dengan lelaki itu (Aiman). Saya pun tak nak dia, bye.

“Saya tak boleh terima kenyataan, saya dah siap nak pergi ke event V******. Tapi disebabkan mereka berdua ada sekali, nama saya dibuang.

“Aiman sebenarnya tak berduit pun. Apa yang dia buat? Korang ingat anak datuk kaya ke? Korang rasa mereka kaya ke? Mereka pun pinjam duit dekat oranglah,” katanya lagi.

“Nak tengok dorang BERANI tak nak saman saya”

Tak cukup dengan tohmahan di sesi live, Fathia juga turut menulis beberapa posting di IG story yang terus-terusan memberi komen negatif terhadap isteri pelakon Aiman Hakim Ridza itu.

Katanya lagi, dia juga mahu tengok sama ada pasangan itu berani atau tidak untuk menyamannya atas kenyataan tersebut kerana menurutnya, mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka ‘losers’.

image is not available

image is not available

Terdahulu, Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun sebelum berpisah pada tahun 2015.

Aiman kemudian berkahwin dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Isaac Raees yang berusia 2 tahun. Pasangan ini juga kini bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Harap isu ni janganlah berpanjangan. Kalau ada yang tak puas hati, boleh bincang elok-elok pasal hal ni kan…

Sumber: mStar, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.