“Dia Tetap Darah Daging Saya..” – Syada Amzah Nafi Buang Bapa, Akui Rindu Nd Lala

Music
13 Apr 2023 • 2:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Syada Amzah menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan dirinya ‘membuang bapa’ sendiri iaitu Nd Lala selepas bertindak memuat naik surat terbuka di laman Instagram.

Tampil menjelaskan, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada binti Amir Amzah berkata tujuannya membuat surat terbuka itu adalah untuk melepaskan kerinduan dan bukannya untuk menimbulkan provokasi.

Menurut penyanyi berusia 25 tahun itu, dia dan adik beradiknya akan tetap menyayangi bapa mereka walau apa pun yang terjadi.

Kalau dia buat keputusan untuk datang balik satu hari nanti, kami akan tetap terima dia. Apa sekali pun, dia tetap darah daging saya dan nama saya berbintikan namanya.

Jelas Syada lagi, dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak sebaliknya hanya menulis luahan perasaan kepada bapanya.

Jadi, istilah buang bapa ini tak timbul sama sekali. Tanpa ibu dan bapa, tak wujudlah kami di dunia ini.

image is not available

Kalau nak cakap tak dapat kawal emosi pun saya kurang pasti sebab itu apa yang saya rasakan masa tu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hasrat itu memaklumkan mereka adik beradik mempunyai hubungan rapat dengan bapa dan sering menyambut hari ulang tahun kelahiran bersama-sama.

Apatah lagi, ulang tahun kelahiran bapa dan ibu hanya berjarak seminggu saja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hari lalu

"Bila Kamu Pilih Untuk Pergi, Kamu Tidak Memilih Kami" - Anak Dedah ND Lala Tinggalkan Keluarga, Tiada Siapa Dapat 'Contact'