“Dia Tetap Profesional Walaupun Sengaja Diletakkan Di Situasi Itu...” – Nina Ismail Sabri Puji Cara Bella Astillah Kawal Situasi Di Anugerah Hiburan

4 Aug 2025 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kakak kepada penyanyi dan pelakon Dafi, iaitu Nina Ismail Sabri tampil menyuarakan pandangannya berhubung insiden membabitkan Bella Astillah dan Sophia Albarakbah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) baru-baru ini.

 

Menerusi satu ciapan di platform Thread, Nina memuji ketabahan dan profesionalisme Bella walaupun terpaksa berdepan situasi tidak selesa di atas pentas ketika mengumumkan kemenangan Sophia bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat.

 

“Lewat sikit pagi ni baru tahu pasal isu Bella dan Melodi. Baru nampak potongan video yang tular. Bella memang dah move on, tapi hanya yang pernah rasa je tahu… kita boleh maafkan atau move on, tapi kita tak akan pernah lupa.

 

“Dia tetap profesional dan angkat kepala dengan yakin walaupun dia tahu dia sengaja diletakkan dalam situasi yang buruk tu. Syabas Bella,” tulisnya.

 

Ciapan tersebut menerima reaksi positif netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan Nina selain memuji kekuatan mental Bella dalam menghadapi dugaan tersebut secara terbuka.

 

Terdahulu, suasana pengumuman kategori Selebriti Feminin Terhangat di AMT 2025 menjadi perhatian apabila Bella dilihat seolah-olah terpaksa mengumumkan nama Sophia sebagai pemenang.

 

Sophia sebelum ini pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Bella dan penyanyi Aliff Aziz sekitar Januari 2023. Malah, Bella turut pernah berkongsi tangkap layar mesej yang memaparkan permohonan maaf Sophia berhubung isu tersebut.

 

Bella dan Aliff disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved