“Dia Tolong..” – Staf ‘When Life Gives You Tangerines’ Terharu Dengan Kebaikan Park Bogum Di Set

EntertainmentLifestyle
23 Apr 2025 • 11:48 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat, Park Bo-gum juga disayangi ramai kerana peribadinya yang sentiasa disenangi.

Baru-baru ini, seorang staf yang dikenal pasti sebagai ‘A’ telah menceritakan kisah di sebalik tabir ketika penggambaran “When Life Gives You Tangerines”, mengenai kebaikan Park Bo-gum. Dia menjelaskan,

Semasa penggambaran, keadaan sangat sibuk sehingga saya secara tidak sengaja meninggalkan iPad saya di sebelah balang Gwan-sik dan babak itu dirakam dengan iPad saya yang kelihatan. Nasib baik, pengarah ok dengan adegan itu.

image is not available

Walaupun staf tersebut telah membuat kesilapan dengan meninggalkan barang peribadi mereka ketika rakaman, Park Bo-gum tidak mendedahkan kesalahan tersebut dan sebaliknya mempertahankannya.

Khususnya, pelakon itu memberitahu bahawa dia mahu menyemak semula lakonannya menggunakan iPad tersebut dan berkata kepada ‘A’,

Awak tidak ditangkap, jangan risau tentangnya.

Baik la Park Bo-gum ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.