“Dia Tu Suami Orang, Kau Gila Ke?”- Puteri Sarah Rimas Asyik Ditanya Pasal Syamsul Yusof Ketika ‘Live’

Entertainment
19 Dec 2023 • 2:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Meskipun aktres Puteri Sarah Liyana sudah bercerai, namun netizen masih lagi mengajukan soalan tentang bekas suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Menerusi live di TikTok baru-baru ini, aktres itu marah selepas membaca komen-komen yang diajukan kepadanya dan telah bertindak memberi teguran kepada mereka.

https://www.tiktok.com/@hannankhaira_/video/7311254506962947336

Dalam pada itu, Puteri Sarah meluahkan rasa menyampah terhadap komen-komen dari warganet mengenai bekas suaminya.

Difahamkan, aktres itu tidak mahu dikaitkan lagi dengan bapa kepada dua anaknya itu kerana mahu menghormati status Syamsul sebagai suami orang.

Aku tak fahamlah, dah balik daripada umrah pun masih ada komen komen yang ajak Sol lah apa lah. Faham tak dia tu suami orang, kau gila ke apa?

Bukan itu sahaja, Puteri Sarah turut menyatakan dia kini mahu menjaga lisan dan percakapannya serta sudah berhasrat untuk tidak berkata apa-apa mengenai kisah yang lalu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan agar Puteri Sarah tidak melayan dan mengabaikan sahaja komen tidak bermanfaat sebegitu.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan pelakon Puteri Sarah Liyana yang menangis dibahu Andi Arsyil sewaktu dia melakukan ‘live’ di TikTok.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Jangan lah disebabkan perangai buruk kita memudaratkan dan menyusahkan orang lain disekeliling kita.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media