Puteri Sarah Liyana Dah Tak Tahan Asyik Ditanya Pasal Syamsul Yusof Ketika ‘Live’ – “Dia Tu Laki Orang, Kau Gila Ke Apa?”

19 Dec 2023 • 1:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun sudah hampir di penghujung 2023, nampaknya aktres Puteri Sarah Liyana masih diajukan soalan tentang bekas suami, pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Tidak hairanlah jika pelakon berusia 39 tahun itu merasakan kadang kala warganet di media sosial menjengkelkan kerana sering bertanyakan hal tersebut.

Menerusi live di TikTok baru-baru ini, Sarah dilihat berang selepas membaca komen-komen yang diajukan kepadanya dan telah bertindak memberi teguran kepada mereka.

Jelas Sarah, dia enggan dikaitkan lagi dengan bapa kepada dua anaknya itu kerana mahu menghormati status Syamsul sebagai suami orang.

Aku tak fahamlah, dah balik daripada umrah pun masih ada komen komen yang ajak Sol lah apa lah. Faham tak dia tu suami orang, kau gila ke apa?

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia mahu menjaga lisan dan percakapannya serta sudah berniat untuk berkata apa-apa mengenai kisah yang lalu.

Menerusi ruangan komen di TikTok, ramai yang mencadangkan agar Sarah tidak melayan dan mengabaikan sahaja komen tidak bermanfaat sebegitu.

Dalam pada itu, ramai turut mendoakan kehidupan Sarah di masa akan datang dan agar dia menemukan kebahagiaan yang dicari untuk dirinya dan anak-anak.

image is not available image is not available

image is not available 9 hours ago

"Awak Maafkan Mereka Dulu.." - Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi, Tak Tahan Sebak Apabila Diminta Memaafkan