
Penyanyi rap dan aktivis, Caprice atau mesra dengan panggilan Cap membuat hantaran di Instagram sebagai respon terhadap kenyataan diberikan usahawan Asyraf Khalid baru-baru ini.
Menerusi temu bual, Asyraf meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pempengaruh yang ‘menyerang’ peribadinya dan mencetuskan gelombang serangan berbentuk fitnah terhadap dirinya.
Kami dulu pernah berkawan. Apa yang saya sedih, kenapa dia masih serang saya walaupun saya takkan siarkan temubual itu?
Asyraf juga mendakwa pempengaruh tersebut mengaitkan dirinya sebagai seorang pedofilia dan perogol dan telah menyebabkan emosinya terganggu.

Dalam pada itu, Caprice menulis di caption dan menyindir Asyraf kerana seperti play victim selepas isu di antara mereka ini tular.
Kata Caprice, perkara ini bermula daripada Asyraf sendiri kerana tidak berfikir panjang membuat podcast dengan individu berkenaan.
Dia yang buat podcast, dia yang whatsapp nak jamin kita punya keselamatan dari Murad Zaidi, dia yang pilih untuk teruskan, Tiba-tiba, dia pulak yang buat press conference, panggil media, lantik lawyer, dan nak saman sebab rasa dia victim. ok bro.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, ramai netizen menyebelahi Caprice dan bersetuju dengannya malah ada yang tertanya siapa gerangan individu yang menuduh Asyraf sebagai perogol.
"Dah Minta Tolong Papa Ke Tu?" - Caprice Sindir Asyraf Khalid, Dedah Kronologi Sebenar Kes Podcast Bersama Murad Zaidi
The post “Dia Yang Buat Podcast, Tiba-Tiba Buat Press Conference, Nak Saman Kita Sebab Rasa Dia ‘Victim'” – Caprice Sindir Asyraf Khalid first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


