
Perkongsian pelakon, Nafiz Muaz, sejak kebelakangan ini semakin menjadi tumpuan warganet dan sering muncul di FYP TikTok mereka.
Menerusi hantaran di akaun TikToknya, pemilik nama Muhd Nafiz Muaz Mat Nazie, 27, itu memuat naik foto wajahnya yang tersenyum lebar.

Yang menarik perhatian warganet adalah pantun yang ditulis Nafiz mengenai seseorang yang didakwa melakukan perbuatan curang:
“Proton Wira warna terang,
Enjin hidup tak pernah mati,
Dia sendiri yang curang,
Lepastu acah tersakiti.”
Bagaimanapun, Nafiz tidak menjelaskan maksud pantun tersebut atau kepada siapa ia ditujukan.
@nafizmuaznasir Barang jadi ?

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet, termasuk ada yang membalas pantun itu sendiri.
Selain itu, ramai yang berharap Nafiz akan terus menulis pantun dan menyatakan tidak sabar menantikan hantaran seterusnya.
Tinjauan turut mendapati, pelakon drama Teratak Kasih Salina itu sebelum ini kerap memuat naik hantaran dengan pantun yang direka olehnya, menjadikan gaya penulisan kreatif itu antara tarikan utama pengikutnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Didakwa Bergaduh Dengan Bella Astillah, Pelakon Lelaki Bersuara - "Saya Tak Mahu 'Interframe' Momen Dia Dengan Syed Saddiq"
The post “Dia Yang Curang, Lepastu Acah Tersakiti” – Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
