“Dia yang salah” – Memotong Di ‘Double Line’, Lelaki ‘Naik Hantu’ Sampai Tendang Kereta Lain

Entertainment
14 Nov 2023 • 11:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman kini, suka ataupun tidak, segala perbuatan berkemungkinan besar akan dirakam lebih-lebih lagi jika kita sedang memandu di jalan raya.

Terbaru, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang individu lelaki bertindak memukul serta menendang kereta lain.

Difahamkan, individu terbabit naik angin kerana berang niatnya untuk memotong di garisan berkembar tidak berjaya dan umum mengetahui ianya merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Individu berkenaan dilihat keluar daripada kenderaannya sebelum memukul serta menendang kereta dan berhenti di lorong berlawanan sehingga menyebabkan trafik terganggu.

“Kau buat salah kau marah orang?”

Video berdurasi 15 saat itu sudah pastinya menimbulkan kemarahan netizen dan rata-rata mengkritik perbuatan individu terbabit.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan penuh dari pihak berkuasa atau individu yang terbabit dalam isu tersebut.

Sebagai info, perbuatan memotong di garisan berkembar adalah salah dari sisi undang-undang, sekiranya kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kematian, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara berbahaya.

Sumber: X

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.